Wednesday, December 25, 2013


Izinkan aku mencatat perjalanan rasa yang dipercik warna sepanjang kembaraku. Aku harap blog ku ini diikuti dengan nada persahabatan dan 'doa 2 sahabat yang saling mendoakan sahabatnya daripada jauh dan tanpa diketahuinya.'
Terima kasih buat keluargaku, ibuku Puan Hjh. Ja'apah dan adik beradikku, mertuaku Puan Hjh. Rabaiah,,ipar-duai, keluarga angkatku, 'sahabat-sahabat' dan kenalan termasuk kenalan fb. Termasuk juga anak-anakku yang sering mendoakan keselamatan dan kesihatan bekas cikgu mereka ini... Allah sahaja yang Maha Tahu bagaimana aku memerlukan sapaan dan rintihan doa kalian... TQ .

Keadaan kaki kanan yang tercedera.

Kaki kiri juga mengalami luka.



Emak berada di Kedah sewaktu aku kemalangan. Gerak hatinya tiada
dapat dibohong anak cucu.  Maaf mak kerana menzahirkan kerisauan di hatimu...




Aku mengalami disgloving injuries di mana kulit kaki dan telapaknya mengalami kecederaan yang teruk. Tinggal isi dan tulang yang cedera juga. Kira-kira bolehlah dibuat sup tulang... (Maaf, gurau sikit). Surgeon : Dr. Thilah dan Anaesthetist : Dr. Foo / Dr. Adelyn / Dr. Tan Ya / Dr. Omar dan Dr. Chan.

22 DISEMBER 2011 - Siapa menyangka aku masih mampu hidup? Mengambil beberapa shot gambar di antara rasa syukur, fobia dan perit dan terlantar menunggu ambulan lebih 45 minit. Terima kasih kepada semua terutama 2 wanita yang mula-mula mengawal lalu-lintas dan MO yang membantuku dalam perjalan ke HRPB Ipoh. Kuari Menglembu, kau jadi saksi bagaimana aku hampir menemui ajalku - disigung lori YTL, berpusing dan berguling di jalan raya. Dalam saat-saat kritikal itu, aku terbayang-bayang anakku Ahmad Nazim...

"Demi Allah sesungguhnya kebanyakan manusia telah lalai daripada mengingati kematian.
Mereka telah mabuk dengan (kesenangan dan tipu daya) dunia. Malah  tidak akan sedar dari mabuk itu kecuali ketika maut benar-benar datang menghampiri. Maka, KAMI singkapkan yang menutupi mata mu dan penglihatan mu pada hari itu amat tajam."
_Surah Qaf : 22_




No comments:

Post a Comment